Visi

MENERAJU DAN MEMACU

Meneraju dalam konteks ini membawa maksud keazaman dan tekad PKNK untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan organisasi agar mampu dilihat sebagai sebuah organisasi yang berwibawa dan boleh diteladani oleh badan-badan berkanun serta agensi kerajaan negeri yang lain.

Ianya juga menggambarkan hasrat dan tekad PKNK untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul di Negeri Kedah di dalam konteks pembangunan ekonomi negeri melalui bidang-bidang perniagaan dan segmen pelaburan yang diceburi

Manakala perkataan MEMACU pula memperlihatkan komitmen organisasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera melalui peningkatan aktiviti ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan,perubahan lanskap geografi dan perkembangan sosial masyarakat baik di dalam mahupun diluar bandar selaras dengan slogan PKNK - Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat (UKIR).

Misi

UNTUK MEREALISASIKAN VISI YANG DINYATAKAN, KAMI AKAN...

Meningkatkan kreativiti di dalam penerokaan dan pengembangan ekonomi negeri

Memantapkan prestasi pulangan pelaburan dan kewangan organisasi

Meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi

Memperkasa kepuasan pelanggan melalui penyampaian yang berkesan

Mengukuhkan integriti dan pematuhan

Memacu penggunaan teknologi dan automasi digital

Melahirkan komuniti usahawan berdaya maju dan kompeten

Mewujudkan modal insan yang profesional, kompeten dan berprestasi tinggi