KENYATAAN RASMI
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH


PENUTUPAN OPERASI BEKERJA
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH


Berdasarkan kepada Perutusan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah ingin memaklumkan bahawa penutupan operasi bekerja akan dilaksanakan selaras dengan arahan melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 14 April 2020 di seluruh negara.


Perintah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu bersemuka bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 berleluasa. Sebarang urusan rasmi tentang aduan dan pertanyaan boleh terus menghubungi melalui medium perantaraan seperti berikut:-


Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Website : www.pknk.gov.my


Bagi urusan pembayaran untuk perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah menyarankan supaya menggunakan saluran perbankan internet yang sedia ada.
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah berharap supaya semua individu memahami punca penutupan operasi bekerja dan memberikan kerjasama yang baik agar penularan COVID-19 dapat dibendung demi kesejahteraan kita bersama.


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
17 MAC 2020