PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) (CIDB) dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang masih sah serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja :-
NO. TENDER
|
TAJUK PROJEK |
KELAS PENDAFTARAN / SYARAT TAMBAHAN |
HARGA DOKUMEN | TAKLIMAT TENDER SECARA 'ONLINE' & LAWATAN TAPAK SUKARELA | TARIKH TUTUP & SERAHAN TENDER |
PKNK 5/2020 |
Cadangan Pembinaan ‘Open Deck’ Dan Anjung Tinjau Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Pusat Peranginan Dan Pelancongan Gunung Jerai, Kedah Darul Aman
|
Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) Gred : G4 Pengkhususan : i) CE21 - Pembinaan Kejuruteraan Awam |
RM350.00 Tunai/Wang Pos/ Wang Kiriman / Bank Draft Atas Nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (Tidak akan dikembalikan)
Dokumen tender secara ‘Hardcopy’ akan mula dijual pada 27.09.2022 (Selasa) jam 3.00 petang di Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah |
27.09.2022(Selasa) Jam 10.00 pagi. Berkumpul di hadapan Simple Day Café, Pusat Peranginan Gunung Jerai, Kedah Darul Aman (kenderaan hendaklah diletakkan di tempat letak kereta di luar kawasan The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai) |
17.10.2022 (Isnin) |
PKNK 6/2020 | Cadangan Menaiktaraf Masjid Al Muhtadin, Kariah Sungai Seluang Di Atas Sebahagian Lot 60126, Seksyen 11 (Lot Lama PT 4061), Bandar Lunas, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman |
Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) Gred : G5 Pengkhususan : i) B04 - Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan |
RM650.00 Tunai/Wang Pos/ Wang Kiriman / Bank Draft Atas Nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (Tidak akan dikembalikan) Dokumen tender secara ‘Hardcopy’ akan mula dijual pada 28.09.2022 (Rabu) jam 3.00 petang di Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah |
28.09.2022 (Rabu) Jam 11.00 pagi. Berkumpul di perkarangan Masjid Al Muhtadin, Kariah Sungai Seluang, Lunas, Kulim, Kedah Darul Aman |
18.10.2022 (Selasa) |
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Bagi tujuan ini, penama di dalam PPK, SPKK dan STB adalah dikehendaki untuk menghadiri taklimat & lawatan tapak. Sila bawa bersama sijil pendaftaran ASAL PPK, SPKK dan STB yang masih sah serta satu salinan beserta meteri (cop) syarikat. Kontraktor yang gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki akan dihalang dari menyertai lawatan tapak. Segala kos dan perbelanjaan bagi tujuan lawatan tapak ini adalah di bawah tanggungan kontraktor sepenuhnya. Kontraktor yang berminat untuk menghadiri lawatan tapak ini hendaklah mematuhi SOP pencegahan COVID-19 dengan memakai pelitup muka jenis ‘3-ply’, menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan sosial di sepanjang sesi lawatan tapak tersebut.
Dokumen Tender HANYA akan dijual mulai 27.09.2022 (bagi tender PKNK 5/2022) dan 28.09.2022 (bagi tender PKNK 6/2022) bermula jam 3.00 petang sehingga 10.10.2022 semasa waktu pejabat kepada kontraktor-kontraktor yang telah disahkan menghadiri lawatan tapak, mengemukakan sijil-sijil yang disebutkan di atas dan layak SAHAJA serta hanya akan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah dan mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa daripada syarikat. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa slip kehadiran lawatan tapak, surat perwakilan kuasa, sijil PPK, SPKK dan STB yang asal serta satu salinan bagi tujuan perolehan dokumen tender. Tender akan ditutup pada tarikh seperti yang ditetapkan pada jam 12.00 tengahari, di Peti Tender Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini juga boleh dilayari menerusi laman web Perbadanan (www.pknk.gov.my), laman ‘Facebook’ rasmi Perbadanan serta papan kenyataan Bahagian Teknikal, Tingkat 11 Wisma PKNK. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Teknikal, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah di talian 04-7752350 atau 04-7752490 pada waktu bekerja pejabat sahaja.