PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH

NOTIS SEBUT HARGA KERJA


1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang memenuhi gred, kategori dan pengkhususan yang diperlukan serta bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) / Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah buat masa ini;

2. Pendaftaran akan dibuat pada 14 JUN 2020 (AHAD) bermula jam 8.30 PAGI sehingga 10.00 PAGI sahaja melalui pautan ‘Google Form’ yang disediakan melalui iklan ini di laman Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Pautan iklan ini akan turut dipamerkan di laman sesawang PKNK serta papan kenyataan am PKNK;

3. Sesi taklimat sebut harga akan dibuat pada jam 11.30 PAGI pada hari yang sama selepas sesi pendaftaran tersebut;

4. Semasa proses pendaftaran, kontraktor hendaklah mengisi borang pendaftaran menerusi pautan yang telah disediakan sahaja. Kontraktor juga dikehendaki untuk menghantar menerusi emel salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB, SPKK dan STB yang terkini;

5. Hanya kontraktor yang berkelayakan dan lulus pendaftaran sahaja akan dijemput untuk menyertai kumpulan TELEGRAM bagi tujuan taklimat sebut harga dan memuat turun dokumen sebutharga;

6. Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN;

7. Senarai Sebut Harga adalah seperti di Lampiran A beserta pautan pendaftaran;

8. Dokumen sebut harga hendaklah dicetak di atas kos penyebutharga sendiri dalam bentuk salinan keras (harcopy). Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang akan disediakan di Bahagian Teknikal PKNK, Tingkat 11, Wisma PKNK, Alor Setar, Kedah Darul Aman selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 21 JUN 2020 (AHAD);

9. Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan melalui FB PKNK dan telefon/emel.

 

NO. RUJUKAN SEBUTHARGA TAJUK KERJA KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN

PKNK/SH/ 2020/06/01

Sebutharga Bagi Kerja-Kerja Pembinaan Surau Dan Tandas Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai, Baling, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/DZGG6oq8UYLwDTQr7

  • G1 (CIDB) – Pengkhususan B04
  • Kontraktor Tempatan Daerah Baling

PKNK/SH/ 2020/06/04

Kerja-Kerja Pembaikan Dan Menaiktaraf Masjid An Nur Kampung Tanjung Setol, Bukit Jenun, Pendang, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/xNWmwnANJ4c9A3Pa8

  • G1 (CIDB) – Pengkhususan CE21
  • Kontraktor Tempatan Daerah Pendang