Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/PUKONSA/UPKJ/ Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja :

 

 No. Tender Tajuk ProjekKelas Pendaftaran / Syarat TambahanHarga DokumenTarikh Taklimat / Lawatan Tapak

Tarikh Tutup & Serahan Sebutharga

PKNK 1/2020 Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Medan Selera Usahawan Bumiputera Di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)

Gred : G4
Kategori : Bangunan (B)

Pengkhususan : i) B04 Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan

dan;

ii) B28 Kerja-Kerja Ubahsuai

RM600.00 Tunai / Wang Pos / Wang Kiriman / Bank Draft Atas Nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (Tidak akan dikembalikan)

15.3.2020 (Ahad) Jam 10.30 pagi di tempat letak kereta Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 5.4.2020 (Ahad)

 

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Bagi tujuan ini, penama di dalam sijil PPK, SPKK dan STB adalah dikehendaki untuk menghadiri taklimat & lawatan tapak. Sila bawa bersama sijil pendaftaran ASAL PPK, SPKK dan STB yang masih sah serta satu salinan dan meteri (cop) syarikat. Kontraktor yang gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki akan dihalang dari menyertai lawatan tapak. Segala kos dan perbelanjaan bagi tujuan lawatan tapak ini adalah di bawah tanggungan kontraktor sepenuhnya.


Dokumen Tender HANYA akan dijual mulai 15.3.2020 sehingga 29.3.2020 semasa waktu pejabat kepada kontraktor-kontraktor yang telah disahkan menghadiri lawatan tapak dan mengemukakan sijil-sijil yang disebutkan di atas SAHAJA. Dokumen Tawaran hanya akan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa slip kehadiran lawatan tapak, sijil PPK, SPKK dan STB yang asal serta satu salinan bagi tujuan perolehan dokumen tender. Tender akan ditutup pada tarikh seperti yang ditetapkan pada jam 12.00 tengahari, di Peti Tender Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.