PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH

NOTIS SEBUT HARGA KERJA


Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja :-

 

 

NO. TENDER

 

TAJUK PROJEK

KELAS PENDAFTARAN / SYARAT TAMBAHAN

HARGA DOKUMEN PENDAFTARAN KONTRAKTOR SECARA 'ONLINE' TAKLIMAT TENDER SECARA 'ONLINE' & LAWATAN TAPAK SUKARELA TARIKH TUTUP & SERAHAN TENDER

PKNK 2/2020

Cadangan Membina Dan Menyiapkan 10 Unit Kilang (PKS) Berkembar 1 Tingkat Berserta Pejabat 2 Tingkat Dan 1 Unit Pencawang Elektrik (Double Chamber) Di Atas PT 5387 - 5396, Kawasan Perindustrian
Kuala Ketil, Mukim Tawar, Daerah Baling, Kedah Darul Aman

 

Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) Gred :
G7 Pengkhususan :
i) B04 - Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan
ii) CE21 - Pembinaan Kejuruteraan Awam
RM500.00 Tunai / Bank Draft Atas Nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (Tidak akan dikembalikan) Dokumen tender secara ‘Softcopy’ (pendrive) akan mula dijual pada 15.11.2020 (Ahad) di Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah 11.11.2020 (Rabu) Jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari menerusi pautan berikut : https://forms.gle/D1isfPTd7c5PdtWq6 (Kontraktor dikehendaki untuk memuatnaik salinan Sijil PPK, SPKK dan STB ke dalam borang pendaftaran tersebut di dalam format PDF/IMAGE) 11.11.2020 (Rabu) Jam 3.30 petang menerusi applikasi ‘Telegram’ Lawatan Tapak Secara Sukarela : 12.11.2020 (Khamis) Lawatan akan dibuat mengikut sesi yang akan ditetapkan 6.12.2020 (Ahad)


LAWATAN TAPAK TIDAK DIWAJIBKAN. Namun pihak Perbadanan menetapkan KHAMIS, 12 NOVEMBER 2020 bagi mana-mana kontraktor yang ingin melawat tapak secara sukarela dengan kehadiran wakil Perbadanan/Juruperunding di tapak. Selain dari tarikh ini, kontraktor yang ingin melawat tapak adalah dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri namun tanpa kehadiran wakil Perbadanan/Juruperunding. Kontraktor yang berminat untuk menghadiri lawatan tapak secara sukarela pada tarikh di atas hendaklah mematuhi SOP pencegahan COVID-19 dengan memakai pelitup muka jenis ‘3-ply’, menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan sosial di sepanjang sesi lawatan tapak tersebut. Sila bawa bersama sijil pendaftaran ASAL PPK, SPKK dan STB yang masih sah beserta satu salinan dan meteri (cop) syarikat. Segala kos dan perbelanjaan bagi tujuan lawatan tapak ini adalah di bawah tanggungan kontraktor sepenuhnya.

Kontraktor yang layak dikehendaki untuk mendaftar menerusi pautan yang telah disediakan dan pada waktu yang telah ditetapkan di atas. Kontraktor yang gagal untuk mendaftar menerusi pautan tersebut pada waktu yang ditetapkan tidak akan dibenarkan daripada menyertai sesi taklimat tender secara ‘online’ serta tidak dibenarkan untuk membeli dokumen tender.

TAKLIMAT TENDER pula akan dijalankan secara atas talian. Bagi tujuan ini, satu kumpulan menerusi applikasi ‘TELEGRAM’ akan diwujudkan. Hanya kontraktor yang berjaya disaring serta berdaftar menerusi pautan ‘online’ pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja akan dipelawa masuk ke dalam kumpulan ‘Telegram’ ini. Dokumen Tender HANYA akan dijual mulai 15.11.2020 (Ahad) sehingga 29.11.2020 (Ahad) semasa waktu pejabat kepada kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar menerusi pendaftaran ‘online’ serta berjaya disaring SAHAJA. Dokumen Tawaran pula hanya akan dijual kepada kontraktor/wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor hendaklah membawa surat wakil daripada syarikat yang ditandatangani oleh penama di dalam sijil STB dan hendaklah mengemukakan sijil PPK, SPKK dan STB yang asal serta satu salinan bagi tujuan perolehan dokumen tender. Tender akan ditutup pada tarikh seperti yang ditetapkan pada jam 12.00 tengahari di Peti Tender Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tender tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini juga boleh dilayari menerusi laman web Perbadanan (www.pknk.gov.my), laman ‘Facebook’ rasmi Perbadanan serta papan kenyataan Perbadanan di lobi Wisma PKNK. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Teknikal, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah di talian 04-7752350 atau 04-7752490 pada waktu bekerja pejabat sahaja.